Wednesday 25 January 2012

budak kampung bila dapat pakai tepon iPhone akan terserlah sifat jakunnya

Guys, do you ever and ever feel embarrassed after doing something shallow in your live? Maksud i perbuatan yang menampakkan sangat kejakunan uols pada gajet-gajet pintar la ni?

Please-lah... i feel terrible about this and wish i could change the past, but i can't,  especially it happened in front of my colleagues.

Ceritanya begini, semalam i berkunjung ke rumah salah seorang colleagues i yang duduk kat PJ. Dipendekkan cerita, kebetulan rumah colleague i tu pun turut dihuni oleh sekumpulan budak yang i called active children dan manja sesangat dengan i. Entahlah anak-anak siapa dia rembat. Hehe~

Manja okey, dan sebab manja punya pasal lah i biarkan depa main Iphone 4 kesayangan i tu. Jangan bagi rosak dah. Tak pasal-pasal i jentik telinga.

Dan pagi tadi semasa berada di pejabat dan on the way to the meeting, i pun tengoklah IPhone 4 dalam beg, kot-kot ada mesej yang masuk ke, miss call ke, sambil tu nak letak telefon tu dalam mode silent.

Time i tekan skrin tu, i terkejut... nak tahu kenapa? Iphone tu banyak sembang dowh. Mak aih... uols bayangkanlah bagaimana malunya i kerana setiap kali i tekan skrin, confirm ada suara pompuan bagitau apa yang perlu dibuat. Tekan itu tak boleh, dia kata "double tap", ntah nak cari bahagian setting pun tak boleh, sebab hanya function yang teratas sahaja boleh dilihat. Selebihnya ada kat bawah dan langsung tak boleh discrollkan naik ke atas.


Paling malu bila dengan selamber i katakan pada kaum adam bahawa i sebenarnya tahu matikan function hampes tu. Bodoh sombong punya pasal. Hambik kau Fasha. Lain kali jangan buat lagi.

Lama jugalah i perap Iphone 4 tu kat dalam beg sandang, ada mesej masuk, i buat tak reti. Telefon masuk i, tunggu sehingga operator jawab. Tudia... pintar tak i?

Balik dari tempat keja, i terus gi downtown dan sepantas kilat mencari kedai membaiki tepon. Dengan muka cemas i bagitau kat mamat cina tu "Acai, apa pasal ini tepon sudah banyak bunyi? Dia rosak kah, satu kali tekan, dia pun satu kali bising juga"

Acai tu ambik tepon i dan godek-godek. Huhuhu.... proffesional sungguh gamaknya. Dia tekan butang "Home" 3 kali, lepas tu keluar beberapa menu yang salah satunya i baca "Voiceover off". Dia tekan sekali lagi, tapi kali ini bunyi pompuan yang menghantui hidup i tu dah hilang.

Amboi... rasa tenang semacam dowh.

Lepas tu dia pandang i..... i pun pandang dia. "Oh.... macam itukah" ringan mulut i kata ayat tu. "Berapa?"

"Tak payah bayar amoi, itu bukan rosak, cuma ada olang hidupkan fungsi Voiceover. Kalau mau tutup itu function, you tekan itu butang Home saja 3 kali... lepas itu tutup function Voiceover."

"Oh... ye ke, terima kasihlah Acai, banyak terhutang budi..."

I balik dengan muka merah padam. Wa terkena kali ini beb, macam manalah tak tahu nak buat menatang alah tu, kalau Acai tu tipu i, confirm i kena buang RM50 lagi.

4 comments:

  1. memang malu pun... tapi at least kejadian tu menyebabkan i lebih mengenali telefon i... :) Anyway thank u for leaving a comment...

    ReplyDelete
  2. hahaha... biasalah...benda baru semua org mcmtu...xada org terus pandai klu x buat silap... ermmm...knp x letak je gambar iphone tu kat sini... nak tgk gak ensem ke x....hekhek...
    p/s: suka follow blog yg kurang follower...

    ReplyDelete
  3. Untunglaaaahhhh die ade iPhone....(^___~).....

    ReplyDelete
  4. bila nak buat entry baru ni??? dah lama tunggu tp x ada pon... busy ke tu?

    ReplyDelete

Kalau tak keberatan, silalah luahkan perasaan anda di sini, i betul-betul nak dengar....